Bissmillah..
Assalamualaikum wbt..
Tiada pengharapan lain yang ku impikan
selain melihat kau bahagia
bukan setakat di dunia,
bahkan di akhirat kelak
di SYORGA ALLAH..
tiada kata layak ku ucap
tiada bahasa yang layak di ungkap
tiada ayat yang layak ku tulis
tiada jasa mampu ku balasi..
walau dunia seisinya ku hamparkan
terima kasih IBU atas segala-galanya..
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH
AL-FATIHAH
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-50
IBU..
Kau ratu
kau permaisuri
melengkapi,membantu,
menyeri hidup kami..
sejak lahirnya kami ke dunia hgga ke akhir nafas
kau ibu,guru,sahabat,teman bahkan penyelamat kami di kala susah, duka,putus asanya kami..
kau sentiasa di sisi..
ibu ketahuilah..
kau memang ibu superwomen..
sedangkan aku anak yg lemah..
kuatnya aku kerna doamu..
ibu,
aku mengharapkan tiap amal yg aku lakukan mg kau mendapat sahamnya
YA ALLAH AKU CINTA DAN SAYANGINYA KERANA MU
PELIHARALAH RASA CINTA DAN SAYANG INI, YANG MEMBAWA KAMI KE SYURGA
bukan hanya mengharapkan cinta dan sayang di dunia
bahkan pertemuan kami di syurga sana
ISTAJIBILLAHUMMA DU'A ANA
berkatilah hidupnya..usianya
lindungi dan peliharalah dirinya dari fitnah dunia
dan azab neraka-MU
permudahkanlah segala urusannya
dan berilah kekuatan untuknya
berikanlah yang terbaik untuknya dari sisimu..
" ALWAYS LOVE YOUR MOTHER BECAUSE YOU WILL NEVER GET ANOTHER ! "
# SANAH HELWAH YA UMI..
Ya Allah,aku serahkan mereka kepadaMU dalam menelusuri jalan kehidupan ini kerna ku tahu hanya ENGKAU sebaik-baik pemelihara ..
peliharalah cinta suci ini
jika ia benar2 suci peliharalah hingga ke akhirnya..
YA Rabb..berkatilah..
Ameen Ya Rabbana
..Allahu'Alam..


