JellyPages.com

Sunday, 29 December 2013

AHLI SYURGA :)

Bissmillah..

Assalamualaikum wbt..

"hormati yg tua
sayangi  yg muda"

KANAK-KANAK <3 AHLI SYURGA

sucimu ibarat kain putih..
tiada dosa, penghibur hidup..
wajahmu riang tanpa duka..
senyumanmu indah penyembuh lara..
katamu tiada dusta..
indah dan bahagia..
dear,,..
mohonlah mereka men'aminkan doa.. :)

>>>

duhai ahli syurga..
melihat wajahmu,tenang terasa,,..
lerai kekusutan yg melanda..
doaku mg kalian menjadi


SOLEHAH

MUSLEHAH..

MUJAHIDAH..

MUKMINAH..

menyeru kpd Allah..
membina/mendidik ummah akan datang..
merawat sang pesakit yang rawan..

kembaili ke pangkal jalan..
kembali pada jalan yang SATU..

indahnya kalian mempunyai impian dan cita2 yang sama..
semoga mencapai hasrat murnimu..
duhai adek kechil..
kalian terlalu istimewa dalam diari hidupku..

Syukur atas kehadiranmu..
Terima's atas pinjaman..
alhamdulillah.. :D

**bakal2 DOKTOR pakar.. dktor ummah .

* love *

~ Dr. Rumaiso' Mohd Hasyahril
~ Dr. Syakirah Abd. Halim
~ Dr. Kauthar Tihani ..

Ameen Ya Rabbana..

sekian..

__waAllahu'Alam__






STEP

Bissmillah

Assalamualaikum wbt . . .

mg langkahmu semakin kokoh ,
mg langkahmu semakin laju .
mg langkahmu semakin baik . .

hanya doa mampu ku kirimkan..

TAHNIAH.!
jagalah hak Allah,pasti Dia menjagamu dgn lebih baik.
jg iman
jg hati.
jg akhlak.

*love*

291213
~ teman bersaudara~
mg Allah redha..
         __waAllahu'alam.__^

Monday, 23 December 2013

Srikandi Milenia ::: MENCARI PERMATA BERHARGA ::

Bissmillah..

Assalamualaikum wbt..


'' Wanita adalah tiang suatu negara, apabila baik wanitanya maka negara akan baik dan apabila rusak wanitanya maka negara pun akan rosak.''

DUHAI WANITA . ANDA ADALAH TOPIK HANGAT DUNIA !!

Penyelamat kepada manusia adalah ISLAM !
kembalilah kepada Islam.
kesakitan rohani dan jasmanimu disembuhkan hanya dengan KEMBALI KEPADA ISLAM.

WAhAi..

kita adalah seorang daie.
serulah.
berdakwahlah kerana Allah.
bukan pada diri, persatuan . . 

tapi pada ALLAH.

Allah tidak memandang pada apa yang kita dapat . . 

NO.
tapi . .

Allah menilai apa yang kita DAAAH buat ? apa yang kita buat ? .

wahai insan. 

kita bukanlah pemula.
kita bukanlah pengakhir.. 
tapi kita adalah penyambung. .
penyambung tugas sang Mulia . . 
tugas para nabi.
jalannya panjang dan payah.
namun di muliakan. .

jalan menyelamatkan manusia . .

duHai. .

Bangkitlah.
ayuhlah bersama2 menyelesaikan masalah ummah.
jadilah kita Doktor Ummah .
menyelesaikan masalah ummah,
yang pokok pangkalnya adalah Iman,Islam . .
jgan kita menilai siapa penyampainya jika ia adalah HAK.
namun lihatlah pd MESEJ nya. .


jadilah kita seorang hamba. hambaNYA . 

hamba yg ber'TUHAN" n TUHAN itu adalah ALLAH.




i'm not the best.
**peringatan**

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat 41:33)

:: ISLAM ADALAH RAHMAT PADA SELURUH ALAM,BUKAN HANYA PADA MUSLIM ::
      _DR.NORMAH ABDULLAH_


__ waAllahu'Alam__

Monday, 9 December 2013

U.N.T.U.K.M.U

Bissmillah..
Assalamualaikum w.b.t . .

. . . .

Maafkan aku ukhti . .
jujurnya kau insan istimewa dipandanganku,
pertama kali mengenalimu,
terbuka lembaran baru dalam hidupku. .
sgt istimewa . .
mewarnai dan melakari lembaran itu ,
dengan warna-warni yang baru . .
lebih cantik.. lebih indah. .
jazil syukr . .

kau yang ku kenali insan yang sungguh unik,
kuat,tabah,sopan,baik,berbudi,rajin dan bersemangat tinggi. . .
aku tertarik kerna indah akhlakmu . .
semangatmu dan kesungguhanmu . .
siyes. aku jatuh chenta . .
Tuhan juga pasti suka akannya . .

kau insan yang sgt jujur, baik, juga perahsia . .
aku suka dan hormatinya . .
semua itu menjadikan kamu lg unik . .
benarlah, org berilmu ini tinggi darjatnya. .
kau membuktikannya . .
sering kau ingatkan
"yg membezakan kita hnya taqwa"
hatiku gumbira mendengarnya . .
aku belajar dan mengetahui banyak ilmu baru darimu . .
jazakillah . .

sangat mencabar mengenalimu . .
utk memahamimu xkan pernah bisa semudah itu . .
namun tidak bermaksud ia hanya setakat ini . .
krn taaruf itu xkn ada penamat . .
akan terus ku selusuri namun akan tetap ku hormati. .
mg di mudahkan. .

kau insan yang ku sayangi & dihormati ramai,
aku hanya insan biasa . .
yang baru ingin mengorak langkah. .
tapi aku terlalu excited . .
hingga saat ku sangka sudah mampu berlari . .
faham dan tahu tentang sgala tentangmu . .
sekali lg . .
rupanya aku silap . .
akhirnya aku kecundang . .
jatuh & rapuh . .

saat itu hanya Dia yg tahu . .
resah dan gelisahnya hati . .
menyakiti insan yg benyak berbudi . .
jasa tidak terbalas . .
kesakitan dan masalah ku berikan . .
hanya 1 ku harap saat ini . .
mg ada secebis maaf darinya . .
maafkan aku,..

ketahuilah ukhti..
aku berukhuwah dgnmu krn engkau adalah engkau. .
dengan apa yg engkau pamerkan . .
atas dasar iman dan islam. .
ku ingin kau pandu aku ..
utk ku lebih islahkan diriku . .
utkku lebih istiqomah . .
dan fastabiqul khairat . .
bukan siapa engkau di masa silam . .
bukan apa yg terjadi diwaktu kelam . .

maafkan aku ukhti . .
aku hanya insan kerdil, surely hina & 0 disisiNya . .
juga snts khilaf , kesalahfahaman dan leka sbg insan . .

maafkan aku ukhti ,
andai terlalu over saat berbicara,
maafkan aku andai tersalah kata2,
maafkan aku dengan penulisan yang ntah apa2,
maafkanlah aku dengan sengaja @ x sengaja. .

andai ini ujian kita dlm berukhuwah.
hadapilah. .
sabar dan yakinilah. .
adakah kita kokoh ? ?
redha ?
pasti ada hikmah tersembunyi . .
@ menjadikan hbgn ini lg manees ? ?
moga2. .
jgn putus dengan du'a ..

ukhti. .
serius ! aku SAYANG kamu kerana DIA . .
mg Tuhan jernihkan hati kita ,
maafkan aku,
maafkan khilafku . .
Mg Dia berikan kau SAKINAH, MAwWADDAH  , dan RAHMAH, Kesihatan , kejayaan , kebahagian , kemudahan urusan dunya wal akhiroh .

Ameen Ya Rabbana. . .

_WaAllahu'Alam_


-7/12/13-
hati kami~



Tuesday, 5 November 2013

FATEH 2- 4 NOV

Bissmillah..

Assalamualaikum wbt..


Ini Langkahku

Aaa... 
Ini langkahku
Aaa... 
Terus melaju
Aaa... Ini langkahku

Aaa... 
Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman 
4 objektif
1- amal jamaie 2- UTK 3- AJ 4-Qowiyul jism

rules :
1- taat ketua
2- tepati masa
3- jaga kebersihan
4- kesihatan
5- berlapang dada
6- amal jamaie
7- ukhuwah teras kegemilangan
8-senyum dan salam

FATEH [ Fight Akhawat To 'Eim Heaven ]












saerah fateh : Motif : Fateh adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.Sejak baligh tidak pernah tinggal solat dan Qiam tak pernah tinggal.
''Solat dhuha, kekuatan dalaman antara salah satu faktor yang menyumbang kepada kekuatan luaran."

 - strategi yang digunakan oleh FATEH untuk menakluki kota konstantinopel :

    tentera Rom = kekuatannya, x mati . menipu dan membelot. banyak helah.
    tentera islam = bersatu, Allah janjikan kemenangan yang pasti. siapakah? dr sudut manakah ?
    media = kononnya baik tapi melaporkan(al-jazeera)
    amanah = hak milik islam yang perlu di dapatkan dan diperjuangkan.

BLUETOOTH SEMANGAT DARI AKHAWAT QOWIY :
* semangat Fateh dan ceritakan tentang sejarah srikandi islam..

1 -sumayyah - wanita pertama memeluk islam
2 - masyitah - mempertahankan aqidah di zaman firaun
3 - Zinnirah - wanita yang mempunyai ketabahan & keagungan cintanya hnya kepada Allah
4 - khaulah Al- azwar - pejuang tangkas di medan perang
5 -  Zainab Al-Ghazali - hidup di zaman IHAB
6 - Asma' El- Beltagy - serikandi yg syahid pd zaman ini.
*Najlah, Asiah, Ratu Balqis

Keakhawatan : kewajipan ukhti terhadap TuhanNYA, dirinya ;tubuh,akal,hati.

Muhasabah : Mati dan kemana kita selepas mati? Bagaimana pula amal-amal kita? Syurga atau neraka?
since kita dah berada dlm DnT ini, perlulah bijak dan pandai manfaatkan masa. yakinlah denganNya.. bila kita membantu agamanya pasti diberi kelapangan dan jalan yg terbaik.. tajdid niat ukhti..

Hirosah : Al- Fath

mg berpegangan tangannya kita didunia, membawa hingga ke syurga.
akhawat adalah tiket bg org yg mencari syurga bukanlah tiket org yg dijanjikan masuk ke syurga !

SENTAP :  xkanlah bila sentap je baru nak buat,baru nak berjalan?  -Aminah Hanani(syabas Bob)


mg Allah berkati
FRESH , MAJIKA , FATEH ~ IN MEMORY

                        .. waAllahu 'Alam..

Wednesday, 9 October 2013

KORBAN

Bissmillah..
Assalamu'alaikum wbt..

[At-taubah :14-28]
-pergantungan/keyakinan pd Allah kurang. klau minda jita positif,yg dtg jg positif.
-allah spt apa yg kita 'dzon' kn..
- manusia ni ramai ibarat buih tp rapuh ibarat mkanan yg dihinggapi lalat. xde guna krn apa ?? terlalu cintakan dunia=ada penyakit wahan.

[dzariyyat:55] - peringatan utk saling mengingati.. ingatkn bila lemah.

ramai orang x tahu maksud korban yg sebenar.. apa salahnya kumpul 1hari = rm1 utk korban akan dtg..korban ni bukan setakat org kaya je yg boleh buat.
korban itu adalah mengorbankan barang yg kita sayang..huhu ada berani?
hmm mcmne pergantungan kita pd Allah ??
*ikhtibar dr kisah nabi ibrahim.. kenapa Allah suruh nabi ibrahim korbankan nabi ismail??
hmm sedangkan nabi ibrahim itu seorang pengembala kambing kot. anjing yg mengawasi kambing2 baginda sahaja dah cukup banyak .. so of cos la kambing dia berganda2 banyaknya..
  hah ! that's Y la Allah uji nabi ibrahim utk korbankn anaknya.. sebab klau korbankan kambing, senang2 je la dia ambil kambing yg sedia ada .. setakat 1 @ 2 ekor apa la sangat..x terasa pon. n pasti la x membebankan dia..

so..that's Y la Allah uji baginda utk korbankan nabi ismail utk Allah ui keimanan n ketaqwaan mereka..

sedangkan waktu itu,kita sendiri tahu betapa la sayang nabi ibrahim pd anaknya..

yela..

setelah lama berkahwin, nabi ibrahim x dikurniakn anak.. kemudian baginda kahwin dgn siti hajar,..
saat siti hajar mengandungkan nabi ismail, Allah perintahkan utk tinggalkan n.ismail n siti hajar di tengah2 padang pasir..
ditinggalkan dlm tempoh yg lama..
kemudian bila Allah temukan kembali..
Allah perintahkan utk korbankan anak kesayangannya nabi ismail sekali lg..
Allah betapa lh ujian seorang nabi ini..
tanpa membantah mereka pon ingin melakukannya..
tp Allah itu maha adil dan mengetahui terhadap hamba2Nya..
lalu akhirnya Allah gantikan anaknya dengan seekor kibas..

pengorbanan adalah mengorbankan harta yg kita sayang n terasa kehilangannya bila tiada bukanlah yg sudah berlebihan @ sudah dibhagikan..n bila kurang..kita x rasa pape pon..

waAllahu'alam....

Allah,
ukhtikumfilIslam..
Dataran Nilai
101013
8.30;1030

Tuesday, 1 October 2013

New ISLAH.

'Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun.'

[At Taghaabun:17]
 Sebagai seorang pelajar,pinaman yang terbaik untuk diberikan adalah MASA. hargailah masa yang ada sebaiknya.jangan terlalu banyak memberi alasan. ia mungkin membantu kita melepasi halangan di dunia tapi jgn kau lupa sesungghnya diakhirat kelak Allah akan mengunci semua anggota kita kecuali hanya anggota badan yang diizinkan sahaja yang boleh memberikan jawapan. setiap darinya akan tunduk dan patuh pada YG ESA. xkan ada tipu daya dan pembohongan.

perasankah kita dgn ayat ini "
meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik " . sedarkah kita,sedangkan semua yg kita ada ianya milik Allah.. tp Allah ttp meminta izin dr kita ?? Allah. malulah kita..
berapa banyakkah yg kita syukuri dgn apa yg Allah beri pinjam pd kita ? 
berapa banyak pula yg kita hargai ?? 
berapa kerap kita meminta izin pd-NYA untuk menggunakan pinjamannya?
"wahai manusia ! apakah yang telah memperdayakan kamu(berbuat durhaka) terhadap Tuhan-Mu yg Maha Pengasih."  [al-infithar :6]
.....
istajibillahuma du'aana Ya Allah..,
Ya Allah ampunilah dosa kami,ke-2 ibubapa kami,guru2 kami,sahabat2 kami, muslimin dan muslimat,mukminin mukminat yg masih hidup dan yg telah kembali padamu..pimpinlh hati2 kami kepadamu,berilah petunjuk atas setiap urusan kami.. hidup dan matikan kami dalam keimanan dan ketaqwaan kepada-Mu..amin Ya Rabb.. 

>>SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ADIK2KU TERCINTA YG MENDUDUKI PMR HARINI..
HALIMATUS SAADIAH ASMAN. 
niatkan kerana Allah.mg berjaya dunia akhirat..
...waAllau'alam...

Monday, 30 September 2013

Bangkitlah wahai Pemuda.

Bissmillah..
Assalamualaikum wbt..

"aku takut.jika pertama kali yg di tanyakan kpdku kelak oleh Tuhanku kelak adalah: " apakah engkau amalkan apa yg sudah engkau ketahui?"

...."laa rahatan lil mu'min illa fil jannah"..



rukun pemuda :
1. iman-hati yg suci
2.ikhlas-jiwa yg bersih
3.hammasah-perasaan yg kuat
4.amal-azam suorang pemuda





" Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. " (2:103)

p/s : sayangilah murabbiah antunna.

"apa guna akhwat kalau tidak di susahkan"..

_nangess_

...waAllau'alam..

Friday, 19 July 2013

10 ramadhan


Assalamualaikum wbt.
Ramadhan ini istimewa krn ini bulan kelahiran islamku.
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN ISLAM. J
Alhamdulillah wa syukrulillah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih ibu.
Sempena ulang tahun kelahiran islam ku yg ke-23 ini, banyak yg ku angan2kn..aku cita2kan. Pasanglah angan2mu sebanyaknya,krn dr angan2 itu jadinya reality. Ia tetapi bukan hanya tunggu dan lihat tapi usaha dan merancang untuk mencapainya.
“ faiza azzamta fatawakkal ‘alaAllah”
10 ramadhan. Bermakna 1/3 dr bulan ramadhan telah ku lalui.
Glup.
Ohoo.apa yg kau dapat ? bagaimana ramadhanmu ? mutabaah ? tampar pipi laju2.
1/3 = 40% perancanganmu sudah berjalan untuk mendapatkan targetmu ! Allah.
Bangkit ukhti. !
Masih punya ruang dan peluang untukmu melaksanakan perancanganmu,jangan kau lemah dan berputus asa.go ukhti. Go…
Terus melangkah duhai pejuang,mujahidah,wirawati. uhuk.uhuk. uhuk.
TARGET RAMADHAN INI.
1) niat3.
2) khatam tilawah.tadarus
3) terawih 5 masjid.
4) hafal surah Qaff
5) infaq palestin.
6) bedah buku.
7) qiAM

SELEPAS RAMADHAN
1)      Istiqomah qiam
2)      Solat2 sunat
3)      Infaq
4)      Ziarah
5)      Membaca

Ukhti. Banyakkan memohon dan berdoa padaNya.
Disaat sujud yg akhir,musaffir, diakhir sebelum berbuka,solat witir, antara azan dan iqomah, hujan ..inilah antara waktu doa2 mustajab.mohon.mohonlah.
Terkenang aku pada kata2 seorang ukhti..muna majidah..
“mungkin sebab Allah tahu, ana belum mampu lg menghadapi utk tidak dapat dean list itu.” Jgn lupa Allah.jaga Allah. Tajdid niat ! lupakah egkau utk apa egkau diciptakan?
Allah.dia yg Berjaya itu mampu dan sering beringat2 tntg itu.tp aku. Sering saja alpa dan lalai. Ye Allah jg tahu mgkin aku belum layak untuk mendapat lebih lagi. Ukhti itu sering mengigatkan aku pada Sang Pencipta. 1st time aku menjumpainya..benar. aku kagum dengan akhlaknya. Sifat rendah dirinya . tutur bicaranya.tauladannya. dr apa yg aku lihat cakapnya seiring dengan kelakuannya. Kesungguhannya.mukminah cemerlang.pemurah dgn doa.Al-fatihah.
Uhibbukifillah.

YA ALLAH ..rezkikanlah utk aku capai hajat ini..

~ bawa parent menunaikan hajj wal umrah
~solat dalam masjidil aqsa
~anak yg solehah wa muslehah
~deanlist wa success dunia wal akhirah
~mati sbg syuhada’..di saat iman yg paling tinggi
~ramadhan ini menjadikan aku insan bertakwa. Capai taqwa.
~ jumpa lailatul qadar dalam keadaan ibadah padaMu
~tiap saat dalam redha.
~petunjuk dalam sgla urusan
~menjadi hamba beriman,berilmu dan beramal
Amin.amin ya Allah.

Teringt 24 ramadhan : 2009..benarkah itu malam lailatul Qadar.

Al-ahqaff : 15
Jzkk buat dia yg x pernah jemu mengucapkan HB bln masihi dan hijjri. Xpernah lupa.NURFARHANAH BASAR. Thanks bonda. Bonda org 1st wish harini. Illal liqo’.

Thursday, 18 July 2013

Syahadatul Haq

Isnin,

15 julai , bersamaan 6 ramadhan 1434.

Sungguh hidayah itu milik Allah,
 tiada siapa yg mampu memberi dan membelinya kecuali Dia yg Maha Memberi.

dengan lafaZ istighfar dan bassmallah.

9.30pm ,

SAUDARI JAMJIT.

pejabat Ikram daerah Muar bersama beberapa ikhwah wa akhawat telah menyaksikan pengislaman seorang saudara baru dr bangkok , Thailand.

 SAUDARI JAMJIT..
dilaksanakan oleh ustazah Mastura.
ukhti,now kita saudara.
saudara seakidah.

dr Bangkok- Malaysia
berhijrah untuk mencari sinar baru dalam hidupnya.
berbekalkan keyakinan,keazaman dan tawakkal yg tinggi kepada Allah engkau redahi demi Islam.
aku kagum.
ye Rasulullah itulah tauladan ku.kerna dia aku di sini. Islam dijulang.
aku rindu ingin berjumpa dengan mu ya Rasulullah.

ku rasakan ramadhan kali ini sangat bermakna..
banyak yg Allah ajar.
mg aku ambil jd pengajaran dan tauladan.

serius.. i'm proud to be muslim.

Saturday, 8 June 2013

ukhuwahlillah

MURABBI OSEM..

 masyaAllah ukhti..belum sampai. .

Alhamdulillah. . xpe..mgkin x sesuai disitu. .

nasihat dan taujihad semalam masih terngiang2 di telinga..mengembirakan hati.

" masa mereka cuti..
- kita buat catatan2 sndiri,tambahkan ilmu,bahan2 usrah,jgn biarkan buku kosong..
-cdgan tambah bacaan murabbi terutama tafsir..cari NOUMAN ALI HAN..
-biar kita sibuk dgn urusan Allah..berkat hidup kita...
-pelbgai peranan..kakak,murabbi,guru, ibu.
-kena dekat dgn Allah
-andainya dosa itu berbau msti xde orang nak dekat dgn kita,Allah maha Agung.menjadikan dosa x berbau busuk.
-jg penyakit hati.kita bawa orang kerana Allah..guna segenap usaha utk kebaikan pd Allah..jg penyakit2 hati
-bila merancang ke ssuatu perjalann exstra doa..selamat pergi dan kembali.mohonlah pd Allah.pesan pd yg lain ..jg akhlak bila diluar byk cabaran..bykkan doa".

dari murabbi tercinta ;
27/5

yang jauh d rindu dlm diari ukhuwahku..
yang d rindu ku titip doa tulus dlm hening munajatku..
yang d doa mg tsabat dlm juang pasrah mencari redha Tuhan yg SATU..
lalu aku disini..
bersama harum wangi kenangan musim tarbiyyah yg lalu..
di asak semerbak cinta kasih di jalanMu..
uhibbukifillah......
tgah on call... :)

============================================

 MURABBI HEYBAT

adawiyahh...

[sape plak ni,duduk xlg ada org pggil dah..nak kejar solat ni.]

afzan ??

opss..ehh..
DR.ERIDA.. akak !!! rindunya !! :) sobs..
Allahu Akbar. alhamdulillah..jumpa jg..
hangatnya pelukan ukhuwah :'(
nyaman dan indah meresap ruh semangat perjuangan mengokohkan langkah.meningkatkan iman. Allah.

zai,ini antara naqibah ana yg kt muar..dr.erida. :)
uk.bb : antara ??
cintaku : dia kan ramai naqibah kt muar..
 huhu.maafkan ana ukhti..andai menyinggung perasaanmu..
benar. terlalu ramai insan istimewa.dan murabbi tercinta di muar sana... dr.normah. dr.laili. dr.jihan. dr.wana. dr.rosdina(umi dina). dr.erida...sungguh.aku syg sama kalian.

tit.tit..
''haah..akak dah teringat nk tgkp gambar lepas2 hujan lupa plak..akak di terengganu in sha Allah jaulah dgn sahabat sambil santuni walimah sahabat lama.
semalam terus gerak.. sampai subuh td"

gulp. hah ! terengganu ?? masya Allah.qowiynya ukhti.heybatnya akhawat.. :)
sungguh ciptaan Allah itu tiada taranya..

pesan dan taujihat di akhirnya..
^_^
jg diri..sekejap lg syaaban akan datang, siapkan diri dan persiapan utk menyambut ramadhan..perbanyakkn amal dibulan syaaban ni..

ukhti jzkk **...strive 4 ur exam..
buktikan pelajar muslim juga cemerlang.

Ameen ya Rabb..i'Allah ukhti..aku amat butuh doamu dan kamu.

===============================================

DOKTOR CILIK..

dik,i'Allah akak pg myGMJ..jom jumpa disana.i'Allah.
:) i'allah.boleh2.

sesat :(

akak dah sampai. jubah meroon tudung pink.bawah khemah.

''''''rabi'atul ye ??

kak muhsonat ??

Yup. :) hehe.

Alhamdulillah.jumpa jg akhirnya.wah seronoknya..
kenal dan jumpa jg akhirnya lepas bberapa tahun berhubung,en... :)
dakapan ukhuwah.. wlaupon xsampai 10 minit..indahhhhnya..rasa mcm dah selalu sgt jumpa n dah lama sgt kenal.

akak start kerja 1/7 ni..doakn ye..
wahh..tahniah.
a'ha..gud luck exam.


:) bismillah ,alhamdulillah wa syukrulillah..

=============================================

UKHTI.. :)

wiyah..ko kt s.alam ye..
a'ah..cmne tau ??
aku pon kt sini..kn ko tag aku ke prog tu..ni aq pg..ng kak naqibah aku. pakai baju oren..

[naqibah??]

.>>
huu.i heard smtg interestg .. part of ur life..do u want to story with me??
 which part exactly ? :)

A : kak naqibah ? :-)
 f :  ha3..sje je suka2..mengisi masa lapang
 
 ....ingin sekali kubisikan[dlm hidup ni..semua benda bukan untuk mengisi ms lapang..tapi,,itu adalah amanah kita.]

A: means ? dah de usrah ?
 f :  dah jgak.. akak usrah aku org sabah.lepas ni aku boleh cakap sana..

Allah.syukrulillah..
sobs :'( potong bawang laju2.. sobs..

A: alhmdulillah..ko cri ke kt sana ?
:'( sobs..
f : sbb prog ng ko dulu.
alhmdulillah..aku syukur sgt..at least boleh belajar jga diri..duk kt sini adventure ek.

sobs..

aq x buat pe pon.semua tu krn Allah bg hidayah kt ko utk pg progrm tu..
(ISK,Muar by ukhti kaykay al-khair)

tahniah ye..

 SELAMAT MENEMPUHI DUNIA DnT..


===============================================

DIA !!!

hati sering tertanya2.. ke manalah dia..
rindu sgt dgnnya..
rindu benar pd ucapan semangatnya
rindu benar pada nasihatnya..

# ukhti..
jumpa kt sini. enti dtg naik pe??

$ bas S.I..

salam digenggam..pelukan ukhuwah terus di hulur..
terasa syahdu benar. sayup..aku bgai merasa berat benar ujiannya..x semena2 air mata tumpah..lama menutur bicara dalam pelukan syahdu dan kata2 semangat..

utkku??

 https://www.facebook.com/hanisadibahmokhtar/posts/617008818318470?notif_t=mention


jzkk .yup.doaku snts bersama kalian akhwatku..

Allah indahnya hari itu.
mg ianya menjadi saksi kebaikanku di hadapannya kelak.
dan menjadi bekalan dan memberatkn amal kebaikan ku.
izinkn aku bersama mereka ke syugraMU.
ameen.




Ya Allah tetapkan aku di jalanMu.
istiqomahkn aku dlm perjuangan.
tsiqah dan tsabatkn aku.
sungguh aku jatuh cinta.



**GMJ 7/9 dengan lafaz bismillah ukhuwah krnNya terus menyubur terbina ukhuwah bersaksi diri dan alam.
pertemuan hati2 yg cinta akan MU dan Palestin. salam taaruf...
-7bas usim,akhwat usim,akhwat muar,ukhti baru :) noor fatihah,muhsonat,dr erida,dr normah,suhadah,saidatul habsah.ikhwah/akhwat ku kasihi.
-with zainunah jamal yg setia menemani.. :)
-luv u ukhti..



Monday, 3 June 2013

U.J.I.A.N

Bissmillah..

NIKMAT atau PERINGATAN ??

tiap niat kau dengari

tiap hajat kau perkenan

tiap nafas kau bersama

tiap langkah kau disisi

tiap syahdu kau hitungi

tiap dosa kau ampuni..


aku hanya beri satu namun kau membalas dgn 10. thanks Allah.aku membantu kerna perlu namun kau membalas kerna sayang.aku meminta kerna mahu namun kau memberi kerna perlu.aku merasa sgt susah namun kau hadir dan mudahkan.aku menangis hingga terduduk namun kau sambut dan jauh membawa aku terbang..hilang segala duka.aku leka hingga terlalai namun kau tetap pegang dan peluk erat dgn tersenyum..

Allah..malunya aku. ampuni aku ya Rabb. jgnlah engkau tarik nikmat Mu dariku walau sdikit.Allah,mohon padaMu allah..jadikan aku hamba yg snts merasa cukup dan pandai mensyukuri nikmat2Mu. RinduNya aku melihat wajahMu.

ya Rabb mg engkau mudahkan tiap urusan kami.mg engkau redha tiap langkah kami.

untuk KITA.

Bissmillah..

 detik demi detik..
masa terus berlalu..
1 sem berputik..
terasa ikatan makin erat dan padu..
taujihat.nasihat sering membasah dihati..
akhwat.indahnya kalian krn cintaNya Allah pd kita
manisnya akhwat krn jalan ini kita lalui bersama..
tabahnya akhwat krn DIA disisi..

31 may,..

kak ipah : 'izzati, kak ain, mila,najihah, farhanah,adah...

** al-ghasyyah : nabi suka membacakan ayat ini ktk solat jumaat dan hari 'Aid.

**antara istighfar dan zikir..mana lg aula?

analogynya begini..

baju yg kotor lebih memerlukan sabun daripada pewangi. :)



p/s: oh Allah.aku jatuh cinta sama jalan ini DnT. (T_T)..
mg aku syaheed tika di tingkat iman yg tertinggi.ameen


Friday, 31 May 2013

MATA...

MATA..

 
Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan mata yang sihat ,antaranya:
 
1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Mungkin kita berasa pedih sedikit tetapi jangan bimbang kerana itulah kaedah untuk membersihkan mata yang sebenar.

2 Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga.Antara caranya:


a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pada objek tersebut.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah, beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

3. Amalkan makan makanan yang sihat serta kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur(terutama lobak & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dsb. 








Pentingnya Kesihatan Kulit dan Cara Penjagaannya

    Secara holistiknya tubuh badan kita diselaputi kulit yang berfungsi sebagai pelindung.Kulit juga mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi sebagai pelindung tubuh dari setiap bagian lapisan kulit yang paling dalam sampai luar.Kulit tidak boleh menyerap air, tapi boleh menyerap material larut-lipid seperti vitamin A, D, E, dan K, ubat-ubatan tertentu, oksigen dan karbon dioksida. Kebolehtelapan kulit terhadap oksigen, karbon dioksida dan wap air memungkinkan kulit ikut mengambil bahagian pada fungsi pernafasan.Marcapada,ramai antara kita yang tidak mementingkan kesihatan kulit terutamanya apabila berada di luar rumah.Oleh itu,tidak mustahil juga ramai dalam kalangan kita yang menghidapi penyakit kulit yang kronik seperti kanser kulit kerana tidak mementingkan kesihatan kulit.Beberapa langkah boleh diambil untuk mendapat kesihatan kulit yang unggul antaranya mengamalkan pemakanan yang sihat.Sebaiknya kita perlu makan mengikut waktu yang ditetapkan dengan ambilan kadar yang sepatutnya.Kita juga disarankan mengamalkan diet piramid makanan yang telah disediakan serta mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan minyak kerana mampu menyekat pengedaran darah dalam badan.Pengedaran darah yang lancar mampu menjadikan kulit lebih sihat dan kuat.selain itu,kita juga disarankan bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat kerana ia membantu kita mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga.Dengan bersenam,kita mampu mengurangkan stress setelah berpenat lelah dibebani dengan kerja yang banyak setiap hari terutama bagi mereka yang bekerjaya ataupun pelajar.Stress juga boleh menjadikan kulit mudah berkerut dan kendur seterusnya menampakkan kita lagi cepat tua.Seterusnya,kita tidak disarankan pengambilan alkohol dan merokok.Merokok tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.Bagi yang tidak merokok pula (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.Akhir sekali ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.Oleh itu,kita mestilah menjaga kesihatan dalaman kita terlebih dahulu bagi mendapatkan kulit yang sihat.Mempunyai kulit yang sihat dan cantik mampu meningkatkan keyakianan diri dari dalaman dan luaran selain menzahirkan hakikat kasihatan diri kita apabila dilihat umum.


Thursday, 30 May 2013

PUASA

Lagi 40hari !!
in sya Allah, ramadhan akan kembali :) bestnyerr..

RAMADHAN vs PUASA

bagaimanakah perancangan dan persiapan anda menyambutnya??bersediakah anda??

***

Puasa adalah amalan yang cukup sinonim dengan umat Islam. Tapi mgkin sesuatu yg kita tidak ketahui bahawa penganut agama lain seperti hindu dan buddha juga ada yang mengamalkan puasa. Namun puasa mereka amat lain dengan apa yang diamalkan umat Islam krn puasa agama lain dilihat hanya pada puasa jasmani sedangkan yang dituntut kepada umat Islam adalah puasa jasmani dan rohani .

Secara alamiahnya, puasa mendidik manusia kepada kesabaran diri drpd melakukan segala yg dilarang dlm Islam itu sndiri. Puasa jg sbenarnya merehatkn perut drpd aktiviti pemprosesan mknan secara berterusan.

Menurut kajian,org yg rajin berpuasa atau byjk berpuasa dlm hidupnya perut mreka lebih sihat berbanding org yg x pernah berpuasa.

Maka tidak hairanlah jika Rasulullah mewasiatkn kpd sahabat bginda abd rahman B. 'Auf[ [ Abu Hurairah] 3 perkara iaitu solat dhuha,puasa Isnin Khamis dan solat witir sebelum tidur. 


Acap kali kita mendengar statistik kanak2 obisiti yg semakin meningkat hari demi hari . Maka pendekatan baru seperti puasa inilah antara jalan terbaik dalam usaha menurunkan berat badan obesiti bukan sekadar dalam kalangan kanak-kanak sahaja bahkan dewasa juga.

Puasa adalah jalan terbaik untuk mendapatkan tubuh badan yang sentiasa sihat selain bersukan. Semasa kita berpuasa segala organ dalam badan berada dalam keadaan rehat dan bersedia. Otak orang berpuasa pula lebih aktif berfikir berbanding orang yang tidak berpuasa.

Tidak perlu difikir apa yang perlu dimakan hari ini. Maka otak lebih fokus dalam berkerja. Maka tiada yang mustahil jika kita mendengar kemenagan tentera Islam dalam ang.perang Badar pada bulan Ramadhan. Ini lah kuasa fokus dan puasa yang boleh menghasilkan tenaga yang luar biasa kepada fokus seseorang.




P/s : jom siapkan diri utk ramadhan kali ini dgn perbykkn amalan dan ibadah yg lebih mendekatkn kita pada-Nya.


Tuesday, 28 May 2013

HUJAN




Tahukah anda bagaimanakah hujan boleh terjadi ??

*Menurut perspektif islam, beberapa surah yang menceritakan tentang hujan..

Daripada Al- Quran :

“Tidakkah engkau mengerti bahawa Allah menjadikan awan-awan itu terhimpun sedikit demi sedikit kemudian menggabungnya (dengan sebahagiannya). Seterusnya Ia menjadikannya satu kepulan raksasa. (Dengan itu) engkau dapat melihat hujan keluar dari celah-celahnya (awan)”
(surah An-Nur, ayat 43)

“Allah-lah yang mengutuskan angin seterusnya mengocakkan awan-awanan. Kemudian Ia membiarkannya tersedia di langit sebagaimana yang Ia kehendaki dan menjadikannya potongan-potongan kepulan yang banyak. Selepas itu engkau akan melihat hujan turun dari celah-celahnya,”
(surah Ar-Rum, ayat 48)

* Manakala menurut kajian sains, :

kajian sains  menemukan hujan terhasil daripada kitaran2 alam yang berlaku di udara. kitaran air laut(wap2 air laut) yang disejat oleh matahari naik ke langit, maka berlakulag kondensasi yang membentuk awan2an,kemudian  menurunkan air hujan.

yeah. inilah kejadian hujan menurut kaedah sains dan Al- Quran.


ok.jom..back to the topic..KESIHATAN. <3 HUJAN..
Hmm perasan x? ,ingat x ? dulu masa kecil2 setiap kali kena hujan mak kita mesti suruh mandi ..betul x ? kenapa ye?

dan...

 biasanya kalau kena hujan, kebanyakkan orang tu akan mudah kena demam..kan3 ??
hmm..saya pernah bersoal jawab dengan doktor tentang ini..

ni jawapannya..

doktor ummah : Sebenarnya hujan tu 1 rahmat Allah kpd bumi dan makhluknya. Dan yang menjadikan kita demam itu Allah juga.hujan itu hanya asbabnya sahaja.Tapi kalau dari sudut sains dan kesihatan apa yang membuat kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila kita terkena hujan, biasanya bahagian kepala yang  kebasahan ia akan menjadi lebih dingin berbanding bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadang kala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.Dan bagi yang lemah boleh menjadi demam.


p/s : hujan itu 1Rahmat.kesakitan itu 1 nikmat bagi yang pandai mensyukuri dan kafarah dariNya..