JellyPages.com

Tuesday, 28 May 2013

HUJAN




Tahukah anda bagaimanakah hujan boleh terjadi ??

*Menurut perspektif islam, beberapa surah yang menceritakan tentang hujan..

Daripada Al- Quran :

“Tidakkah engkau mengerti bahawa Allah menjadikan awan-awan itu terhimpun sedikit demi sedikit kemudian menggabungnya (dengan sebahagiannya). Seterusnya Ia menjadikannya satu kepulan raksasa. (Dengan itu) engkau dapat melihat hujan keluar dari celah-celahnya (awan)”
(surah An-Nur, ayat 43)

“Allah-lah yang mengutuskan angin seterusnya mengocakkan awan-awanan. Kemudian Ia membiarkannya tersedia di langit sebagaimana yang Ia kehendaki dan menjadikannya potongan-potongan kepulan yang banyak. Selepas itu engkau akan melihat hujan turun dari celah-celahnya,”
(surah Ar-Rum, ayat 48)

* Manakala menurut kajian sains, :

kajian sains  menemukan hujan terhasil daripada kitaran2 alam yang berlaku di udara. kitaran air laut(wap2 air laut) yang disejat oleh matahari naik ke langit, maka berlakulag kondensasi yang membentuk awan2an,kemudian  menurunkan air hujan.

yeah. inilah kejadian hujan menurut kaedah sains dan Al- Quran.


ok.jom..back to the topic..KESIHATAN. <3 HUJAN..
Hmm perasan x? ,ingat x ? dulu masa kecil2 setiap kali kena hujan mak kita mesti suruh mandi ..betul x ? kenapa ye?

dan...

 biasanya kalau kena hujan, kebanyakkan orang tu akan mudah kena demam..kan3 ??
hmm..saya pernah bersoal jawab dengan doktor tentang ini..

ni jawapannya..

doktor ummah : Sebenarnya hujan tu 1 rahmat Allah kpd bumi dan makhluknya. Dan yang menjadikan kita demam itu Allah juga.hujan itu hanya asbabnya sahaja.Tapi kalau dari sudut sains dan kesihatan apa yang membuat kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila kita terkena hujan, biasanya bahagian kepala yang  kebasahan ia akan menjadi lebih dingin berbanding bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadang kala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.Dan bagi yang lemah boleh menjadi demam.


p/s : hujan itu 1Rahmat.kesakitan itu 1 nikmat bagi yang pandai mensyukuri dan kafarah dariNya..

No comments:

Post a Comment