JellyPages.com

Saturday, 4 May 2013

Pemimpin yg sihat


 Assalamualaikum wbt..

Hangat.panas.bahang.

YEAH.

Bahang di ambang PRU..semuanya dikerah sedaya dan sehabis mungkin pasti semuanya mempunyai misi dan matlamat masing2..

Semangat berkempen.bendera.speaker.poster.banner.iklan.flashmob. ^^

Pastinya meriah dan benar,mengalahkan kemeriahan hari raya..

Yeah.

Blog saya pada kali ini saya membawa kalian pada pandangan saya dan sedikit sejarah..
Releks dan santai okei.. oraiit..   (smile dgn tanda peace)

  PEMIMPIN NEGARA YANG SIHAT..
Hmm..
dalam arus kemodenan ini,kepesatan pembangunan Negara semakin hebat diuar-uarkan. Kejayaan  negara Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi buah mulut rakyat luar mahupun dalam Negara. Terlalu banyak kejayaan yang ditempa oleh Negara kita sama ada dalam urusan pentadbiran,pembangunan mahupun ekonomi.(betul3)
     Hal ini disebabkan kewibawaan pemimpin dalam menerajui tampuk kepimpinan Negara. Pentadbiran yang cekap memang sukar dicapai sekiranya pemimpin yang tidak berwibawa diberikan mandat untuk mentadbir sesebuah Negara. Sebagai negara jajahan British,kita telah diseru dan disuruh supaya mencanai negara mengikut acuan mereka. 
Oh..

Jadinya..

Jeng3..

Dalam pada masa itu pelbagai perkara dibincangkan dan ditetapkan, antaranya sistem demokrasi yang diamalkan pada hari ini. Ia merupakan sebuah sistem yang dijalankan untuk memilih pemimpin bagi mentadbir negara. 

Ahah.

Tidak semua negara menggunakan sistem ini dalam memilih pemimpin mereka. Misalnya negara Arab Saudi menggunakan sistem syura dalam memilih pemimpin di negara itu. Ia juga selari dengan yang diajar oleh Rasulullah SAW(pemimpin unggul yg amat ku rindui)  dalam memilih seseorang pemimpin. Ternyata sistem yang dipakai ini memang mempunyai perbezaan yang sangat ketara dengan negara kita. 

Yup. 

Tuntasnya,sesebuah Negara memang mempunyai cara yang tersendiri dalam memilih pemimpin di negara mereka. Siapapun pemimpin yang dipilih sepatutnya sedar akan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul demi kesejahteraan rakyat. 

Sekian.

**pemimpin yg sihat dlm segenap aspek,akan melahirkan Negara yg sejahtera dan heybat ok.. ^^..

P/S: SELAMAT MENGUNDI 5/5/13. TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DENGAN SEBAIKNYA.. UNDIAN AKAN MENJADI SAKSI KITA DISANA. PILIHLAH MEREKA YG BOLEH MENDEKATKAN KITA PADA SANG PENCIPTA. ^^

No comments:

Post a Comment