Lagi 40hari !!
in sya Allah, ramadhan akan kembali :) bestnyerr..
RAMADHAN vs PUASA
bagaimanakah perancangan dan persiapan anda menyambutnya??bersediakah anda??
***
Puasa adalah amalan yang cukup sinonim dengan umat Islam. Tapi mgkin sesuatu yg kita tidak ketahui bahawa penganut agama lain seperti hindu dan buddha juga ada yang mengamalkan puasa. Namun puasa mereka amat lain dengan apa yang diamalkan umat Islam krn puasa agama lain dilihat hanya pada puasa jasmani sedangkan yang dituntut kepada umat Islam adalah puasa jasmani dan rohani .
Secara alamiahnya, puasa mendidik manusia kepada kesabaran diri drpd melakukan segala yg dilarang dlm Islam itu sndiri. Puasa jg sbenarnya merehatkn perut drpd aktiviti pemprosesan mknan secara berterusan.
Menurut kajian,org yg rajin berpuasa atau byjk berpuasa dlm hidupnya perut mreka lebih sihat berbanding org yg x pernah berpuasa.
Maka tidak hairanlah jika Rasulullah mewasiatkn kpd sahabat bginda abd rahman B. 'Auf[ [ Abu Hurairah] 3 perkara iaitu solat dhuha,puasa Isnin Khamis dan solat witir sebelum tidur.
Acap kali kita mendengar statistik kanak2 obisiti yg semakin meningkat hari demi hari . Maka pendekatan baru seperti puasa inilah antara jalan terbaik dalam usaha menurunkan berat badan obesiti bukan sekadar dalam kalangan kanak-kanak sahaja bahkan dewasa juga.
Puasa adalah jalan terbaik untuk mendapatkan tubuh badan yang sentiasa sihat selain bersukan. Semasa kita berpuasa segala organ dalam badan berada dalam keadaan rehat dan bersedia. Otak orang berpuasa pula lebih aktif berfikir berbanding orang yang tidak berpuasa.
Tidak perlu difikir apa yang perlu dimakan hari ini. Maka otak lebih fokus dalam berkerja. Maka tiada yang mustahil jika kita mendengar kemenagan tentera Islam dalam ang.perang Badar pada bulan Ramadhan. Ini lah kuasa fokus dan puasa yang boleh menghasilkan tenaga yang luar biasa kepada fokus seseorang.
P/s : jom siapkan diri utk ramadhan kali ini dgn perbykkn amalan dan ibadah yg lebih mendekatkn kita pada-Nya.
Thursday, 30 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment