Secara holistiknya tubuh badan kita diselaputi kulit yang berfungsi sebagai pelindung.Kulit juga mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi sebagai pelindung tubuh dari setiap bagian lapisan kulit yang paling dalam sampai luar.Kulit tidak boleh menyerap air, tapi boleh menyerap material larut-lipid
seperti vitamin A, D, E, dan K, ubat-ubatan tertentu, oksigen dan karbon
dioksida. Kebolehtelapan kulit terhadap oksigen, karbon dioksida dan wap
air memungkinkan kulit ikut mengambil bahagian pada fungsi pernafasan.Marcapada,ramai antara kita yang tidak mementingkan kesihatan kulit terutamanya apabila berada di luar rumah.Oleh itu,tidak mustahil juga ramai dalam kalangan kita yang menghidapi penyakit kulit yang kronik seperti kanser kulit kerana tidak mementingkan kesihatan kulit.Beberapa langkah boleh diambil untuk mendapat kesihatan kulit yang unggul antaranya mengamalkan pemakanan yang sihat.Sebaiknya kita perlu makan mengikut waktu yang ditetapkan dengan ambilan kadar yang sepatutnya.Kita juga disarankan mengamalkan diet piramid makanan yang telah disediakan serta mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan minyak kerana mampu menyekat pengedaran darah dalam badan.Pengedaran darah yang lancar mampu menjadikan kulit lebih sihat dan kuat.selain itu,kita juga disarankan bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat kerana ia membantu kita mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga.Dengan bersenam,kita mampu mengurangkan stress setelah berpenat lelah dibebani dengan kerja yang banyak setiap hari terutama bagi mereka yang bekerjaya ataupun pelajar.Stress juga boleh menjadikan kulit mudah berkerut dan kendur seterusnya menampakkan kita lagi cepat tua.Seterusnya,kita tidak disarankan pengambilan alkohol dan merokok.Merokok tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan
seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.Bagi yang tidak merokok pula (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap
rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua
kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.Akhir sekali ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan
vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif
pada produk penjagaan kulit.Oleh itu,kita mestilah menjaga kesihatan dalaman kita terlebih dahulu bagi mendapatkan kulit yang sihat.Mempunyai kulit yang sihat dan cantik mampu meningkatkan keyakianan diri dari dalaman dan luaran selain menzahirkan hakikat kasihatan diri kita apabila dilihat umum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment