MATA..
Mata adalah organ
deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima
persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak
antara sesuatu objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan
diri kita sendiri.Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan mata yang sihat ,antaranya:
1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Mungkin kita berasa pedih sedikit tetapi jangan bimbang kerana itulah kaedah untuk membersihkan mata yang sebenar.
2 Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga.Antara caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pada objek tersebut.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah, beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
3. Amalkan makan makanan yang sihat serta kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur(terutama lobak & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dsb.







